Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Gambaran Keseluruhan

Gambaran Keseluruhan


Jabatan Perdana Menteri diterajui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Perdana Menteri sejak penubuhan Jabatan Perdana Menteri pada 1 Januari 1984 dengan pengambilan semula kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah memegang jawatan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Mei 2005 atas lantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pada 30 Januari 2018, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah melantik dua (2) orang Menteri yang baharu. Ini disusuli dengan tambahan pelantikan satu (1) lagi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 September 2018.

Jabatan Perdana Menteri pada masa ini mempunyai tiga (3) orang Setiausaha Tetap dan tiga (3) Timbalan Setiausaha Tetap, serta dibantu oleh Ketua-ketua Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terdiri daripada 18 jabatan.

Jabatan Perdana Menteri adalah agensi utama dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memberikan panduan dalam perancangan, pensejajaran dan pelaksanaan dasar-dasar kebangsaan ke arah pembangunan dan kemajuan Negara serta memelihara kesejahteraan rakyat menurut prinsip dan nilai-nilai Melayu Islam Beraja (M.I.B.).

Pejabat-pejabat Jabatan Perdana Menteri terletak di Istana Nurul Iman dan juga di Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan.