Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUndang-Undang dan Kesejahteraan

Bidang Utama:
Menegakkan kedaulatan undang-undang negara dan kebebasan kehakiman melalui pengukuhan dasar dan meningkatkan infrastruktur perundangan.
Mendokong dan memantau dasar dan perlaksanaan usaha-usaha kebajikan masyarakat melalui koordinasi dengan agensi-agensi yang berkepentingan.


VISI
Peneraju Sistem Perundangan dan Kehakiman Negara serta Usaha-Usaha Pemedulian Kerajaan


MISI
Untuk Memberi Nasihat, Menyelaras serta Memudahcara dalam Merancang dan Merangka Dasar-Dasar Undang-Undang dan Kesejahteraan Sejajar dengan Aspirasi Negara


NILAI-NILAI TERAS
► Mesra Rakyat
► Saksama
► Adil


TUGAS-TUGAS UTAMA:
1. Memberi khidmat nasihat bagi undang-undang bertulis, dokumen-dokumen antarabangsa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan dan keadilan yang dirujuk oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Bahagian-Bahagian di Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi Kerajaan yang lain;

2. Meneraju, menyelaras dan memantau usaha reformasi dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem Kehakiman yang menegakkan kedaulatan Undang-Undang Negara;

3. Menyelaras dan memantau perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah bersama agensi-agensi yang berkaitan;

4. Mendokong dan memantau dasar dan perlaksanaan usaha-usaha kebajikan masyarakat dan memastikan perlaksanaan komitmen melalui koordinasi dengan agensi-agensi yang berkepentingan di dalam menyediakan bantuan kebajikan kepada orang-orang yang memerlukan seperti fakir dan miskin;

5. Mengkoordinasikan dan memantau bersama perlaksanaan projek bantuan perumahan untuk golongan fakir dan miskin; 

6. Menangani aduan orang awam khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang, keugamaan dan kesejahteraan.


SKOP KERJA
Skop kerja Bahagian Undang-Undang dan Kesejahteraan terbahagi kepada empat (04) bidang utama iaitu:

1. Undang-Undang
2. Keugamaan
3. Kesejahteraan
4. Dokongan 



Undang-Undang:
Bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan bahawa infrastruktur undang-undang dan kehakiman ditadbir dan diurus dengan baik. 


Keugamaan:
Bertanggungjawab dalam mengawalselia bidang keugamaan.


Kesejahteraan:
Berperanan dalam mendokong dan memantau dasar dan perlaksanaan usaha-usaha kebajikan masyarakat melalui koordinasi dengan agensi-agensi yang berkepentingan.
 

Dokongan:
Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan dan memantau pengurusan perkembangan tenaga manusia bagi Bahagian UK dan jabatan-jabatan di bawahnya.