Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTema Strategik

1) Meningkatkan Kualiti Penghasilan Polisi

Tema ini adalah strategik bagi Jabatan Perdana Menteri kerana keunikannya dan peranannya yang penting dalam kerajaan sebagai ejen pemimpin kerajaan, dan sebagai urus setia untuk badan-badan tertinggi pembentukan polisi yang terdiri daripada Kebawah Duli, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, dan Setiausaha-Setiausaha Tetap.

Kunci utama tema ini adalah untuk memastikan polisi-polisi yang diambil, dihasilkan, digunakan dan dinilai itu technically sound, dapat dilaksanakan dari segi ekonomi dan secara politik dapat diterima.

2) Haluan Polisi dan Rangka Efektif untuk Pembangunan Ekonomi


Membekalkan kepimpinan dalam menunjukkan haluan dan merumuskan pemiilihan polisi yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi nasional dan juga perancangan plan perlaksanaan yang efektik. Objektif bagi tema strategic ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembembetukan keputusan dan mengejar ke arah kepimpinan nasional yang cemerlang dan kerajaan yang baik.

3) Memodernasasikan Perkhidmatan Awam

Salah satu tugas utama jabatan perdana menteri ialah memastikan taraf kecekapan, keberkesanan dan penghasilan perkhidmatan awam menepati taraf yang tinggi. Tema strategik ini sesuai sebagai memenuhi harapan tinggi rakyat awam, key stakeholders, dan juga memenuhi keperluan ekonomik dan bisness dalam persekitaran yang dinamik dan global.

4) Imej Keberkesanan dan Kerajaan Pemedulian

Tema ini fokus menggambarkan kerajaan sebagai dasar yang efektif dan pemedulian berdasarkan pencapaian terdahulu. Sebagai sebuah Negara yang kecil didalam saingan sengit global ekonomi, keberkesanan dalam melihatkan imej yang baik adalah sangat diperlukan, ekonomik diutamakan dan hal-hal politik yang berkenaan dipertimbangkan.

5) Peraturan Undang-Undang dan Pentadbiran Keadilan

Tema ini adalah mengenai mengekalkan undang-undang, sekuriti dan kemantapan. Keperluan untuk mengekalkan peraturan undang-undang adalah rukun asas bagi mana-mana masyarakat yang bertamadun. Undang-undang memang diperlukan untuk memerintah dan mengawal masyarakat, dan juga membolehkan pengawalan dan penghukuman jenayah. Pada masa sekarang, badan-badan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang adalah dibawah skop jagaan Jabatan Perdana Menteri.

6) Mengukuhkan Kebolehan Nasional untuk Membanteras Jenayah

Tema ini sesuai dengan Jabatan Perdana Menteri kerana badan-badan penguatkuasaan undang-undang dibawah jagaannya. Oleh yang demikian, Jabatan Perdana Menteri hendaklah menyediakan tujuan strategik untuk penguatkuasaan undang-undang tersebut. Tema ini fokus kepada penekanan keperluan yang diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu negatif dan membinasakan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti jenayah oleh masyarakat, ekonomi, dan rangka politik masyarakat kita.

7) Mengukuhkan Kebolehan Nasional untuk Mengendalikan Krisis-Krisis Nasional dan Hal-Hal Sekuriti yang bukan Tradisional.


Semakin banyak ancaman baru yang muncul tidak memadai untuk dikendalikan secara penguatkuasaan kebiasaan. Tema ini sedar akan ancaman-ancaman ini, oleh itu tema ini akan menyediakan rangka strategic dalam menangani ancaman-ancaman tersebut. Ancaman-ancaman baru ini memerlukan badan-badan penguakuasaan undang-undang untuk bekerja dengan lebih inovatif dan dengan cara berkerjasama.

strategic_plan_icon

pdf_iconPlease click here for more information on Strategic Plan.