Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMedia dan Kabinet

Bahagian Media dan Kabinet berperanan dalam mempromosikan imej Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang baik, berkesan dan pemedulian. 

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memupuk persefahaman yang lebih baik antara Kerajaan dan berbagai pihak yang berkepentingan seperti rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam; masyarakat; agensi-agensi media serta agensi-agensi kerajaan melalui komunikasi yang berkesan, termasuklah juga agensi-agensi media antarabangsa dan pihak-pihak yang ada berhubungkait dengan media.

Bahagian Media dan Kabinet juga menyelia pelaksanaan pelan strategik Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Adat Istiadat Negara dan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat serta kegiatan-kegiatan yang berkaitan. Selain daripada itu, Bahagian ini juga:

memproses akreditasi media bagi para wartawan dan jurugambar yang membuat liputan mengenai Negara Brunei Darussalam;

berperanan sebagai agensi pusat bagi Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan;

memantau sebarang penerbitan yang berkaitan dengan negara ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuklah mengenai Keluarga Diraja; dan

memproses permohonan penerbitan buku-buku dan program-program Televisyen mengenai Negara ini, sama ada untuk terbitan atau siaran di dalam atau luar negara.​
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan kerjasama dengan negara-negara lain melalui kegiatan-kegiatan dibawah Memorandum Persefahaman dalam bidang Penerangan dan Penyiaran.

Salah satu perancangan strategik Bahagian ini adalah untuk membangun dan memanfaatkan peluang-peluang di bidang Media Baru sebagai wadah pemberigaan dan mempromosikan imej Kerajaan dan Negara.