YANG MULIA DATIN SERI PADUKA DAYANG HAJAH ELINDA BINTI HAJI C.A. MOHAMMAD

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI &
PENGARAH BIRO MENCEGAH RASUAH


Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A Mohammad memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang LL.B Law (Honours) daripada University of London, United Kingdom pada tahun 1988. Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada tahun 1988 di Biro Mencegah Rasuah. Pada tahun 1995 Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda telah memperolehi Sijil Amalan Guaman dari Universiti Malaya, Malaysia. Pada tahun 1997, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Besar, Brunei Darussalam dan telah beramal sebagai pengamal undang-undang hingga 31 Disember 2005. Pada tahun 2006, Datin Hajah Elinda telah bertugas di Biro Mencegah Rasuah dalam bidang Undang-Undang dan Antarabangsa.

Pada 3 November 2012 Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda telah diaturkan untuk bertugas di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Keselamatan, Undang-Undang dan Kesejahteraan).

Pada 2 November 2017, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) Jabatan Perdana Menteri dan selaku Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.


Pada 30 Januari 2018, Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan selaku Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri.