​​LEFTENAN KOLONEL (B) PENGIRAN HAJI MUHAMAD SAZALI BIN PENGIRAN HAJI YAKOB

SETIAUSAHA TETAP

KESELAMATAN, PENGUATKUASAAN DAN UNDANG-UNDANG

Pengiran Sazali telah ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 1991. Beliau telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selama 18 tahun, sehingga bersara sebagai Leftenan Kolonel pada tahun 2008.

Pada tahun 2010, Pengiran Sazali telah memulakan fasa kedua kerjayanya di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (CSTRAD), Kementerian Pertahanan. Beliau merupakan salah seorang pengasas CSTRAD dan telah menyumbang kepada pembangunan doktrin perancangan keupayaan bagi Kementerian Pertahanan.  

Pengiran Sazali telah bertugas sebagai Pengurus Khidmat Korporat di CSTRAD sehingga pelantikanya sebagai Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 2018.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari University of Westminster pada tahun 1990. 

Pengiran Sazali telah mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Datin Paduka Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan dikurniakan dengan tiga orang anak.