tsutadi.jpg

AWANG ADI SHAMSUL BIN HAJI SABLI

SETIAUSAHA TETAP


PERINDUSTRIAN

Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli memegang Ijazah Computer Science dari Conventry University, United Kingdom pada tahun 1993.

Beliau adalah seorang Pengamal IT bertauliah, seorang Jurutera bertauliah dan ahli Persatuan Komputer British.

Beliau menyertai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan pada tahun 2010, Timbalan Setiausaha Tetap (IT & E-Kerajaan), Jabatan Perdana Menteri pada 24 Julai 2012 dan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap (Perindustrian) pada 2 November 2015. Sebelum menyertai Kerajaan, beliau telah memegang beberapa jawatan di Syarikat Minyak Brunei Shell dan Brunei LNG.