sut_yahyaidris.jpg 
YANG MULIA DATO PADUKA AWANG YAHYA BIN HAJI IDRIS

SETIAUSAHA TETAP

HAL EHWAL KORPORAT DAN PENTADBIRAN AWAM


Awang Yahya telah dilahirkan pada tahun 1961.

Awang Yahya memperolehi ijazah BA(Hons) Social Policy and Administration daripada Plymouth Polytechnic (ketika ini dikenali sebagai University of Plymouth), United Kingdom, pada tahun 1986. Pada tahun 2006, beliau seterusnya memperolehi ijazah MA International Studies daripada King’s College, London dan juga telah dianugerahkan Fellow Member of Royal College of Defence Studies, London pada tahun yang sama.

Selain daripada portfolio beliau selaku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pentadbiran), Awang Yahya juga telah dilantik selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Tawaran Negara (LTN) (April 2011- Mac 2012) dan juga ahli kepada Lembaga Pengarah Brusiam Food Alliances Company Ltd.

Sepanjang perkhidmatannya dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selama 25 tahun, Awang Yahya telah memegang berbagai-bagai jawatan. Antaranya adalah menjadi Setiausaha Kedua di Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York (1991), Minister Counsellor di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom (2001); Timbalan Pengarah Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (2000), Timbalan Pengarah ASEAN, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (2003); Pengarah, Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan (2004); Pengarah, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan (2007); Pegawai Pentadbir Kanan, Jabatan Perdana Menteri (2008); dan Pengawal Kastam dan Eksais Diraja (2009).

Pada bulan Julai 2010, Awang Yahya telah dilantik selaku Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi & Compliance), Kementerian Kewangan dan pada bulan Januari 2011, portfolio beliau telah ditukar kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pentadbiran).

Awang Yahya telah berkahwin dengan Pengiran Mardinah dan mempunyai dua (2) orang anak lelaki dan seorang (1) anak perempuan.