sut_jemain.jpg 
DATO PADUKA AWANG HAJI JAMAIN BIN HAJI JULAIHI

TIMBALAN MENTERI

TENAGA DAN PERINDUSTERIAN

Hj Awang Jamain Bin Hj Julaihi dilahirkan pada 3 April 1965. Beliau mempunyai ijazah dalam BEng (Kepujian) dengan 1 Kelas dalam Kejuruteraan Kimia. Beliau berkahwin dengan Hjh Ainah Binti Hj Ali dan dikurniakan dengan 4 orang anak laki-laki. Beliau telah dianugerahkan anugerah PSB dan PIKB.

Pada 1hb Mac 2012, Awang Haji Jamain telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga), Jabatan Perdana Menteri.

Pada 3hb November 2015, Dato Paduka Awang Haji Jamain telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga), Jabatan Perdana Menteri.

Pada 21hb September 2017, Dato Paduka Awang Haji Jamain telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Perindusterian, Jabatan Perdana Menteri.