Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
05.01.18 Pelantikan dua Timbalan Setiausaha Tetap baharu

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan pegawai-pegawai kanan, iaitu Konsultan Gred 1 (Perubatan), Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abd. Latif menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan dan Pemangku Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Awang Maswadi bin Haji Mohsin menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan.


Tarikh pelantikan pegawai-pegawai tersebut berkuatkuasa mulai Sabtu, 19 Rabiulakhir 1439 bersamaan 6 Januari 2018.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto Radio Television Brunei

Attachments