Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
18.10.17 Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong hari ini.


Majlis Bertahlil berkenaan adalah bagi ayahanda dan bonda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.


Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.


Keberangkatan tiba Kebawah DYMM berserta kerabat diraja di sini dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.


Sebelum memulakan majlis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Majlis Bertahlil telah siap sedia dan menjunjung titah.


Setelah itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan agar Majlis Bertahlil dimulakan.


Sejurus selepas itu, bacaan Tahlil dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga seterusnya membacakan Doa Tahlil dan diikuti dengan Doa Khas.


Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menjiruskan 'Ayeng Asah-Asahan' ke makam ayahanda dan bonda baginda, diikuti oleh paduka-paduka anakanda dan adinda baginda.


Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pehin-Pehin Manteri dan Manteri-Manteri Hulubalang, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.


Majlis tersebut merupakan salah satu acara sampingan dalam menyemarakkan lagi sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments