Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
08.09.17 119 syarikat tempatan sertai Ekspo China-ASEAN Ke-14



Sebanyak 119 buah syarikat Brunei akan mengambil bahagian dalam Ekspo China - ASEAN Ke-14 yang akan berlangsung di Nanning, China.

Ekspo yang akan diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC) bermula dari 12 hingga 15 September 2017. Objektif utama penyertaan syarikat-syarikat dalam ekspo tersebut adalah bagi membolehkan pengusaha tempatan menjadikannya sebagai tanda aras produk dan perkhidmatan masing-masing dengan rakan-rakan ASEAN dan China, serta membuka peluang bagi rangkaian penyaluran dan pembekalan.

Bagi menyambut para delegasi negara, satu  Majlis Makan Malam diadakan, yang   dihoskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Juga hadir, Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Seri Paduka  Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tujuh kategori industri yang ikut serta pada tahun ini, iaitu Kategori Pendidikan diwakili tujuh institusi, 48 syarikat mewakili Kategori Syarikat makanan dan minuman, 15 syarikat mewakili Kategori Fesyen & Kraf Tangan. Sementara bagi Kategori Penjagaan Kesihatan & Kosmetik diwakili 11 buah syarikat, dua buah syarikat wakil Kategori Pengeluar Produk Isi Rumah, lapan syarikat mewakili Kategori Perkilangan, dan 28 buah syarikat mewakili Kategori Penyediaan Perkhidmatan.

Beberapa acara juga akan berlangsung, iaitu pelancaran pembukaan kedua-dua komoditi yang terletak di pavilion komoditi dan Bandaraya Pavilion yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Selain itu, Mesyuarat Pemadanan Perniagaan dalam Kerjasama Pelancongan juga akan diadakan yang akan diwakili oleh Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

CAEXPO tahun ini juga akan disertai oleh wakil-wakil dari bahagian Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Darussalam Enterprise (DARe), Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan wakil-wakil dari JPM.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments