Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
03.08.17 Kementerian Kewangan rai bakal jemaah haji



Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji kementerian berkenaan di Surau, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonweath Drive, di sini.

Seramai 14 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal),  Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya.

Majlis  dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Selamat dan seterusnya Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk 'Meraih Kesempurnaan Ibadah Haji' yang disampaikan oleh penceramah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis keagamaan yang dikendalikan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dalam meraikan para pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di dalamnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments