Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25.03.17 Pertingkatkan keselamatan pekerjaan dengan pembaharuan lantikan-lantikan fire marshal


​Jabatan Perdana Menteri melalui Pengawalseliaan Hal Ehwal Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE PMO) dan Bahagian Koordinasi dan Hal Ehwal Korporat telah mengadakan majlis penyampaian sijil kepada seramai 41 orang Fire Marshal terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Perdana Menteri (PROPER) dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian yang telah selesai memperbaharui pengiktirafan mereka sebagai Fire Marshall di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.


Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris, Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri. Semasa berucap pada majlis tersebut, beliau menekankan perlunya kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak dalam memelihara dan mempertingkatkan keselamatan pekerjaan bagi pembentukan masyarakat yang selamat dan sejahtera, yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti organisasi. Tambah beliau, perlaksanaan rangka kerja keselamatan pekerjaan juga perlu diterapkan di setiap organisasi menjurus kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 (Fire Safety Order 2016) dan Workplace Safety and Health Order 2009 (WSHO 2009).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, pegawai-pegawai Penguasa Keselamatan Polis Jabatan Perdana Menteri; dan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Seramai 41 orang Fire Marshal menerima sijil-sijil pengiktirafan mereka setelah tamat menjalankan program latihan selama 3 hari yang telah diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan ‘A’ di Lapangan Terbang Lama Berakas. Matlamat utama kursus tiga hari tersebut ialah agar para peserta berkemampuan untuk mengetahui dan memahami cara-cara mengatasi serta bertindak dalam situasi kecemasan, kebakaran dan seterusnya pengosongan Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan aluan YM Awang Nor Iswandi bin Haji Rajali, Chief Fire Marshal Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, beliau menyatakan bahawa latihan fire marshal tersebut jika dihayati boleh menjadi asas kukuh untuk kemajuan diri sendiri dari segi disiplin, komitmen, pemikiran, kejujuran serta kepercayaan diri terhadap tugasan seharian dan di dalam amalan kehidupan kita sepanjang hayat.

Jabatan Perdana Menteri juga telah mengadakan beberapa Latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Drill) di Bangunan berkenaan. Latihan tersebut bukan sahaja menguji kecekapan para Fire Marshal dalam mengawal pelbagai situasi kecemasan, tetapi juga untuk menilai keberkesanan pelan dan prosedur-prosedur respon kecemasan yang ada. Latihan Kebakaran dan Kecemasan (Fire Drill) akan terus diadakan secara berkala dengan objektif untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan Jabatan Perdana Menteri sekiranya berlakunya kecemasan.

JABATAN PERDANA MENTERI
Bangunan Jabatan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan, BB 3913
Negara Brunei Darussalam
Attachments