Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25.03.17 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap 14 orang delegasi yang terdiri dari Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketua-ketua Delegasi ASEAN Law Association yang berada di negara ini bagi menghadiri Mesyuarat ke-5 Council of ASEAN Chief Justices Meeting (CACJ) dan Mesyuarat ke-39 ASEAN Law Association Governing Council (ALA GC) yang diadakan pada 24 hingga 25 Mac 2017.

Pada majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap dari Ketua-Ketua Hakim ASEAN dan Ketua-ketua Delegasi ASEAN Law Association iaitu Ketua Hakim Mahkamah Besar, Republik Indonesia, Yang Amat Arif Prof Dr. H. Muhammad Hatta Ali; Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Yang Amat Arif Tun Ariffin bin Zakaria; Associate Justice of the Supreme Court of the Philippines, Yang Arif Presbitero Jose Velasco Jr; Ketua Hakim Mahkamah Besar, Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon; Timbalan Presiden Mahkamah Rayuan Singapura, Yang Arif Chao Hick Tin; Presiden Mahkamah Besar Thailand, Yang Amat Arif Ketua Hakim Veerapol Tungsuwan; Presiden ASEAN Law Association (ALA), Yang Arif Avelino V. Cruz; Pengerusi ASEAN Law Association (ALA), Philippines, Yang Arif Ketua Hakim (B) Artemio V. Panganiban; Setiausaha Agung ASEAN Law Association (ALA), Yang Arif Regina Padila Geraldez; Chairman of ASEAN Law Association (ALA), Cambodia, Tuan Yang Terutama You Ottara; Director General, Union Attorney General’s Office Myanmar, Yang Mulia Puan Dr Thi Da Oo; Vice President of the Vietnam Lawyers Association (VLA), Yang Mulia Puan Le Thin Kim Thanh dan Peguam Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali.

Hadir pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hayati binti Pengiran Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Pesuruhjaya Kehakiman/Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Sumber Berita Pelita Brunei
Sumber Foto InfoFoto
Attachments