Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
16.03.17 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith yang sedang berada di negara ini dalam rangka lawatan rasmi.

Pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Lao telah membincangkan isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

TYT Saleumxay Kommasith pada Majlis Mengadap itu disertai oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Sumber Berita Pelita Brunei
Sumber Foto InfoFoto
Attachments