Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14.03.17 Berangkat ke Majlis Perpisahan anggota Batalion Pertama RGR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat menghadiri Majlis Perpisahan bagi anggota-anggota Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (RGR).

Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Mes Pegawai Garison di sini, dijunjung oleh Pemerintah Tentera British Brunei, Leftenan Kolonel Charlie Crowe.

Sejurus keberangkatan, Kebawah DYMM berkenan menerima hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota-anggota RGR di bawah perintah Kapten Ganesh Kumar Gurung.

Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan kenaikan pangkat bagi tiga orang Pegawai Waran ke pangkat Kapten yang terdiri dari Pegawai Waran Kelas 1, Regimental Sergeant Major Bahadur Buddha Magar; Pegawai Waran Kelas 2, Bel Bahadur Gurung dan Pegawai Waran Kelas 2, Simon Macey.

Baginda kemudian berkenan menyaksikan demonstrasi operasi tentera yang melibatkan anggota-anggota Companies Rifle dan Platun Senjata Khas serta anggota-anggota ABDB.

Kebawah DYMM juga berkenan memandu kenderaan ATV bagi menyaksikan lebih dekat demonstrasi operasi di pantai dan laut.

Sebelum berangkat meninggalkan Mes Pegawai Garison, Kebawah DYMM berkenan menyertai sesi bergambar ramai bersama anggota-anggota RGR dan seterusnya berkenan menandatangani buku lawatan sebelum berangkat ke Community Centre, Tuker Lines, Seria.

Sejurus keberangkatan Kebawah DYMM di Community Centre, baginda berkenan menyaksikan persembahan serunai dan drum dari anggota-anggota Batalion Pertama, RGRRGR dan Batalion Ketiga, ABDB.

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan pameran termasuk persembahan kebudayaan dan beramah mesra dengan keluarga anggota Batalion RGR.

Kebawah DYMM kemudian berkenan menyaksikan pameran lukisan murid-murid Sekolah Hornbill dan beramah mesra bersama guru-guru serta murid-murid sekolah berkenaan.

Baginda juga berkenan menyaksikan Pameran Masakan Tradisi Gurkha yang terdiri dari Vegetable Mo Mo; Mas Ko Bara; Tomato Chutney; Fiddlehead Fern Ko Achar; Pulau Rice; Bhatmas Ko Achar; Gundruk Ko Achar; Aalu Dum dan Selroti.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah berupa sebuah ukiran marmar yang dihiasi dengan lambang The RGR dan juga moto.

Majlis Perpisahan adalah bagi 640 anggota Batalion Pertama RGR yang akan menamatkan perkhidmatan secara bergilir-gilir selama empat tahun di Negara Brunei Darussalam serta sebagai peluang para anggota untuk melahirkan penghargaan kehadapan majlis  Kebawah DYMM sepanjang empat tahun mereka berkhidmat di negara ini.

Batalion Pertama tersebut akan diganti oleh Batalion Kedua RGR pada bulan Julai 2017 nanti.


Sumber Berita Pelita Brunei
Sumber Foto InfoFoto

Attachments