Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.10.21 Majlis Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1443 Hijrah / 2021 Masehi bagi Jabatan Perdana Menteri & Jabatan-Jabatan di bawahnya

Dikir_JPM.png

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan dibawahnya pada malam ini telah mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1443 Hijrah / 2021 Masihi secara maya.

Menyertai majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua); dan Jemputan-Jemputan Khas.

Turut menyertai majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, Dikir Bisyahrin, Dikir Alhamdulillah dan Dikir Marhaban, seterusnya diikuti dengan bacaan Doa Dikir, Doa Memohon Terhindar daripada Wabak COVID-19 serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis tersebut diadakan bertujuan bagi sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul dan untuk menggalakkan warga Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Siaran Akhbar: Jabatan Perdana Menteri


Attachments