Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.10.21 DYTM berkenan menerima mengadap

dpmm_121021.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Md. Saidin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Abdul Manap; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Pengiran Abdul Samad bin Pengiran Haji Metassan.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut menerima Surat-surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021. 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hamit Ersoy; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut telah menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021. 

Majlis-majlis mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments