Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
21.09.21 Kebawah DYMM berangkat ke Majlis Kemasukan DYTM ke CTCRM, UK

hm_2109211.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Kemasukan bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, yang berlangsung di Commando Training Centre Royal Marines (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Bangunan Mes Pegawai CTCRM dimulakan dengan Royal Salute yang disembahkan oleh anggota Guard of Honour yang diiringi oleh Royal Marine Band.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersama Commanding Officer Base & Support Wing, Lieutenant Colonel Chris Samuel; Chief of Staff, Lieutenant Colonel Tom Evans-Jones; dan Warrant Officer 1st Class (Regimental Sergeant Major (RSM), Nick Ollive. 

Kebawah DYMM juga diberikan sembah taklimat daripada Commanding Officer Base & Support Wing, Lt. Col. Chris Samuel di bilik ‘Achnacarry’ dan berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari di bilik ‘The Deal’. 

Berangkat menyertai baginda ialah DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. 

Semasa berada di tapak latihan CTCRM, baginda berkesempatan menyaksikan latihan All Arms Commando Course Log Run dan Battle Physical Training yang dijalani oleh DYTM bersama para peserta yang lain. 

Sebelum menamatkan lawatan di CTCRM, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Commanding Officer Base & Support Wing, CTCRM, Lt. Col. Chris Samuel, iaitu sebilah Bayonet Royal Marines Commando, pisau tempur Fairbairn-Sykes (F-S). 

Baginda juga berkenan mengurniakan sebuah tanda kenangan Kementerian Pertahanan kepada Commanding Officer Base & Support Wing, CTCRM sempena memperingati keberangkatan Kebawah DYMM ke CTCRM. 

Pisau tempur F-S terkenal ketika Perang Dunia II yang diguna pakai oleh British Commando dan Special Air Services (SAS) serta beberapa pasukan khas yang lain, terutama sekali semasa Pendaratan Normandy pada Jun 1944. 

Dengan itu, Pisau F-S sangat terkait dengan British Commando dan beberapa pasukan khas lain seperti US Office of Strategic Services (OSS) dan Marine Raiders pada ketika itu. 

Kursus All Arms Commando (AACC) yang dijalani oleh DYTM akan berlangsung selama 13 minggu dan dikendalikan oleh Royal Marines di CTCRM, Lympstone. 

Setelah tamat kursus, calon yang berjaya akan berhak untuk memakai baret hijau dan mengenakan lencana ‘Commando Dagger’ pada pakaian seragam mereka. 

Pusat Latihan Komando, CTCRM adalah pusat latihan utama bagi Royal Marines. Berpangkalan di Lympstone, Devon, CTCRM memilih dan melatih semua pegawai dan rekrut Royal Marine. 

CTCRM juga adalah sebuah pusat latihan yang unik kerana ia juga menyediakan semua latihan bagi Non Commissioned Officer (NCO) serta melatih 70 peratus kesemua ‘specialist’ Royal Marines. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments