Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
13.09.21 Menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Asing

dpmm_130921.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua Perwakilan Asing yang akan menamatkan perkhidmatan. 

Majlis berlangsung di Qashr Al-Meezaan.  

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019. 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul. 

Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 4 Februari 2019.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments