Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
08.06.21 Al-Quran asas, pemangkin pembangunan negara

dpmm_080621.jpg

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi diteruskan lagi dengan seramai tiga qari dan tiga qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi hari pertama Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M, berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke pusat berkenaan dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2021M; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya menyempurnakan perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H / 2021M.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Acara kemudian diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun ini.

Musabaqah kemudiannya dimulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh enam orang peserta iaitu Awang Abdul Mu'in bin Haji Abdul Hamid, Dayang Siti Zahrina binti Abdul Wahab, Haji Awang Mohd Fikri bin Haji Awang Metussin, Dayang Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya, Awang Mohammad bin Ali dan Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan kerabat diraja seterusnya berangkat meninggalkan majlis setelah selesai bacaan enam peserta bagi malam pertama.

Majlis berhenti rehat dan akan disambung pada hari kedua esok, 9 Jun 2021.

Tema Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M ialah 'Al-Quran Asas dan Pemangkin Pembangunan Negara'.

Tema menghuraikan mengenai membangun urusan dunia merupakan salah satu fardu kifayah yang dituntut ke atas umat Islam kerana banyak prasarana yang diperlukan di dalam kehidupan manusia untuk meraih al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat serta memelihara kesejahteraan umat sejagat yang meliputi kecukupan fizikal manusia dan ketenangan hidup yang dapat ditemukan melalui keseimbangan keperluan material dan keperluan rohani manusia.

Tema juga menghuraikan mengenai Al-Quran adalah asas dan faktor utama yang menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan. Pembangunan yang selaras dengan tabiat semula jadi manusia sebagaimana Allah menciptakannya adalah pembangunan yang seimbang di dalam keperluan material, fizikal dan spiritual.

Sementara itu, pengumuman keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H / 2021M akan diadakan pada Khamis malam Jumaat, 10 Jun 2021 di tempat yang sama bermula jam 7.15 malam.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments