Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
07.04.21 Titah perutusan takziah

hm_0704211.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo dan juga kepada Presiden Demokratik Republik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Presiden Francisco Guterres Lu-Olo; dan Perdana Menteri Demokratik Republik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Taur Matan Ruak, Kerajaan dan Rakyat Demokratik Republik Timor-Leste, berikutan dengan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh akibat dari Taufan Seroja yang berlaku, baru-baru ini, yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments