Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
18.03.21 Setiap kementerian mesti mempunyai ‘succession planning’
dm_180321-1.jpg

Pada hari keempat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-17 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Haji Johari @ Jahari mengemukakan mengenai dengan 'succession planning' di bawah tajuk SA10A Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Menjelaskan pada persoalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud menyatakan, 'succession planning' untuk mencapai 'high efficiency productivity' yang bertujuan dalam pengurusan program-program 'flagship' CSLP yang masa kini dan yang sudah beberapa tahun dijalankan, iaitu Program Pembangunan Eksekutif Belia YEP (Executive Development Programme - YEP); Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kerajaan Pengurusan Pertengahan (Executive Development Programme for Middle Officers - EDPMO); dan Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (Executive Development Programme for Senior Government Officers - EDPSGO) untuk melahirkan pegawai-pegawai atau tenaga-tenaga kerja sebagai pengisi 'succession planning' yang dirancangkan bagi setiap kementerian. 

"Setiap kementerian memang sudah mengetahui akan tujuan dan perancangan mereka masing-masing, iaitu setiap kementerian mempunyai 'succession planning' masing-masing," ujar Yang Berhormat. 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, program-program 'flagship' ini akan sentiasa diteruskan bagi mengambil pegawai-pegawai yang boleh diketengahkan bagi menjadi pegawai-pegawai pelapis. 

Sementara itu, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga turut menjelaskan, di mana salah satu usaha di bawah GLC 'succession planning' ialah dengan mengurangkan kadar pengambilan warga negara asing. 

Jelas Yang Berhormat, ia merupakan satu usaha untuk kita secara perlahan 'take over' daripada orang luar dan sebelum COVID-19, kebanyakan pilot dan sebagainya di Royal Brunei (RB) yang dipegang oleh orang luar dan pada masa kini jumlah itu sudah menurun.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments