Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.02.21 Bincang isu dua hala, serantau

hm-170221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Retno L.P. Marsudi.

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Darussalam dan Puan Yang Terutama Menteri Luar Negeri Republik Indonesia telah berbincang mengenai isu-isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama di antara kedua-dua buah negara.

Selain itu, Puan Yang Terutama juga menyampaikan sokongan penuh Republik Indonesia terhadap Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN bagi Tahun 2021 dalam sama-sama mencapai matlamat 'deliverables' yang dihasratkan.

Menyertai PYT semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments