Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14.12.20 Berkenan bertukar fikiran mengenai aktiviti perniagaan utama di sektor tenaga hiliran
dpmm_141220.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell (Brunei Shell Joint Venture Companies), pagi tadi, berkenan menerima mengadap Pengerusi Zhejiang Hengyi Group dan Hengyi Industries Sdn. Bhd., Tuan Qiu Jianlin.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Semasa Majlis Mengadap berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia bersama Pengerusi Zhejiang Hengyi Group dan Hengyi Industries Sdn. Bhd. bertukar-tukar fikiran mengenai aktiviti-aktiviti perniagaan utama di sektor tenaga hiliran (downstream) dan perkembangan keupayaan pekerja tempatan.

Turut hadir semasa Majlis Mengadap tersebut, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien; Timbalan Menteri Tenaga, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw; dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hengyi Industries Sdn. Bhd., Chen Lian Cai.

Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. merupakan syarikat usaha sama di antara Strategic Development Capital Fund bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Zhejiang Hengyi Group dari Republik Rakyat China.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments