Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.09.20 Berkenan menerima mengadap


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura yang baru dilantik; dan Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu secara berasingan.


Majlis berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Tuan Yang Terutama menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016.

DYTM, seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Sidek bin Ali.

Tuan Yang Terutama menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 10 September 2020.

DYTM kemudiannya berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu secara berasingan.

DYTM mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler.

Turut hadir, Timbalan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman di Negara Brunei Darussalam, Mr. Thomas Heilmaier.

DYTM, seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Ms. Natalie Gowers-Barnes.

DYTM, kemudiannya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Ms. Chintana Vongpaseuth.

Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah DYMM pada 10 September 2020.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments