Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
29.07.20 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal (Bersara) Mahmud Hussain, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.
 
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.
 
Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber foto Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri


Attachments