Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.09.19 YTM mara ke suku akhir



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Badminton Terbuka Kebangsaan Brunei 2019 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, The Centrepoint Hotel, Gadong.

Turut menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim.

Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet)

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Pada perlawanan pusingan pertama, YTM  Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim berjaya mara ke perlawanan suku akhir selepas menewaskan Md. Al-Muttaqiy Billah bin Zulfa Erison dalam Kategori Perseorangan 13 Tahun ke bawah dengan ‘straight set’.

Pada set pertama, YTM menguasai perlawanan dengan mata 21 – 18, diikuti dengan set kedua di mana YTM berjaya mendahului lawannya dengan mata 21 - 13.

YTM seterusnya akan menentang Zulfazlyana Izzaty pada perlawanan suku akhir kejohanan tersebut pada malam esok.

Kejohanan pada malam ini turut menyaksikan perlawanan bagi Kategori Beregu Wanita, Kategori Beregu Lelaki A, Kategori Beregu Lelaki B, Kategori Perseorangan Lelaki 18 tahun ke bawah, Kategori Perseorangan Lelaki dan Kategori Beregu Campuran.

Lebih 200 pemain tempatan dan luar negara ikut serta bagi merebut juara Kejohanan Badminton Terbuka Kebangsaan Brunei 2019.

Kejohanan yang berlangsung selama enam hari itu telah bermula 14 September lalu dan akan berlangsung sehingga 21 September itu merupakan anjuran West Lake Tyres.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments