Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
18.09.19 Berkenan kurniakan Surat Watikah Pelantikan, menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baharu dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Jeanette Stovel; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Abdul Aziz Tariq.

Selepas Majlis Mengurniakan Surat Watikah Pelantikan dan Majlis Menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China; dan Ketua-ketua Perwakilan yang baru dilantik.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Nor bin Haji Jeludin.

Majlis-majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments