Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17.09.19 Berkenan menerima mengadap



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Yang Berhormat Oknha Datuk Dr Othsman Hassan dan Lord Justice of Appeal in England and Wales, The Right Honourable Sir Peter Gross.

Majlis Mengadap secara berasingan itu berlangsung di Istana Nurul Iman dan dimulai dengan Yang Berhormat Oknha Datuk Dr Othsman Hassan yang mengadakan lawatan ke negara ini selama empat hari.

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat telah berbincang mengenai isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama di antara kedua buah negara.

Rombongan Yang Berhormat disertai oleh Ahli-ahli Parlimen, Tuan Yang Terutama Dr. Sos Mousine dan Tuan Yang Terutama Rofy Othsman; Secretary of State, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Tuan Yang Terutama Sman Manan serta Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Kerajaan Kemboja di Negara Brunei Darussalam, Mrs. Meach Palika.

Juga hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

Semasa lawatan ke Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat akan melawat beberapa kementerian bagi perbincangan lanjut untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua buah negara dalam perbankan Islam, industri halal dan pengurusan zakat.

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Lord Justice of Appeal in England and Wales, The Right Honourable Sir Peter Gross.

Menyertai bersama The Right Honourable Sir Peter Gross pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

Juga hadir, Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments