Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
11.07.19 Berkenan menerima mengadap



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi Pasifik Barat, Tuan Yang Terutama Dr. Takeshi Kasai.

Menyertai Tuan Yang Terutama ialah wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, Dr. Lo Ying-Ru Jacqueline; Pengarah di Pejabat Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Manila, Republik Filipina, Dr. Angela Pratt; dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Manila, Republik Filipina, Dr. Gundo Weiler.

Juga hadir semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Awang Haji Abdul Manap bin Othman.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments