Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
19.06.19 Menerima mengadap Presiden Persatuan Badminton Thailand



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiahMu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Persatuan Badminton Thailand di bawah naungan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kerajaan Thailand, Puan Khunying Patama Leeswadtrakul; Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif bagi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Wanita dalam Badminton; dan Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Dunia.

Pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Puan Khunying Patama Leeswadtrakul diiringi oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama WanthaneeViputwongsakul.

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya SaifulMulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran MohammadAmirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments