Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
12.06.19 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap ​



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Yang Terutama Vladlen Stanislavovich Semivolos.

Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 9 Mac 2015.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments