Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
04.06.19 Sambut Aidilfitri esok



Umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 1 Syawal 1440 Hijrah bersamaan 6 Jun 2019 Masihi.

Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei setelah mendapat kurnia perkenan Ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa persidangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Hal Ehwal Ugama, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Turut hadir pada persidangan tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin; dan Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

Hakim-Hakim Syar'ie dan Pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, JPM bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan; pegawai-pegawai dari KHEU dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah berada di lima lokasi yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1440 Hijrah).

Lokasi tersebut ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.

Hadir sama di Menara DST, Bangunan DST Headquarters; Bukit Agok, Jerudong, Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong ialah Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah- Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan; pegawai-pegawai dari KHEU dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Berikutan dengan itu, pengumuman 1 Syawal bagi tahun 1440 Hijrah telah disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik-baik sahaja hasil rukyah pada petang tadi diumumkan.

Terdahulu, Majlis Keagamaan Bagi Menunggu Hasil Merukyah Anak Bulan Syawal 1440 Hijrah telah diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Adi Muayyad bin Azrol. Diikuti dengan Bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar beramai-ramai.

Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang dimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Haji Abd. Malik bin Haji Jumaat dan Mu'azzin Maghrib dikumandangkan oleh Bilal Masjid Kampung Lambak Berakas, Awang Haji Mohammad Sidek bin Haji Abd. Karim.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments