Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
23.04.19 Menerima mengadap Penasihat Khas PM Jepun


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun,Tuan Yang Terutama Kentaro Sonoura.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Kentaro Sonoura ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato; dan Pengarah Bahagian Asia Tenggara Kedua, Jabatan Hal Ehwal Asia Tenggara dan Barat, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun, Tuan Shingo Miyamoto.

Turut hadir di majlis mengadap tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah.

Tuan Yang Terutama Kentaro Sonoura dan delegasi berada di negara ini bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments