Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
30.03.19 Kenyataan Akhbar

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 30 Mac 2019

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam yang berdaulat dan merdeka, dan seperti negara-negara lain yang merdeka, menguatkuasakan undang-undangnya tersendiri. Selama ini, Negara Brunei Darussalam adalah mengamalkan dua sistem perundangan iaitu Undang-undang Syariah dan Common Law.

Dalam melaksanakan sepenuhnya Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 pada 3 April 2019, kedua-dua sistem akan terus berjalan seiring bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman serta memelihara ugama, kehidupan, keluarga dan individu tidak mengira jantina, warga, bangsa, dan kepercayaan.

Undang-undang Syariah, disamping menghukum dan mencegah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam, ia juga bertujuan untuk mendidik, menghormati dan melindungi hak yang sah semua individu, masyarakat atau warganegara disisi undang-undang, tidak mengira agama atau bangsa.

JABATAN PERDANA MENTERI
Istana Nurul Iman
Bandar Seri Begawan, BA1000
Negara Brunei Darussalam

23 Rejab 1440
30 Mac 2019


Attachments