Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
04.02.19 Berkenan kurniakan Watikah dan menerima Tauliah Pelantikan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.


Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Awang Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar; dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) di Jakarta, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Dayang Hajah Kasmalati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohamad Kassim.


Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul.


Selepas majlis-majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.


Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Negara Qatar, TYT Awang Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, PYT Dayang Hajah Kasmalati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohamad Kassim sebelum ini telah berkhidmat sebagai Pemangku Pengarah Pentadbiran di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.


Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.


Kebawah DYMM mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, TYT Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi.


TYT sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Negara Kuwait yang tidak menetap ke Republik Paraguay.


Kemudian, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, PYT Yu Hong.


PYT sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Republik Demokratik Persekutuan Nepal.


Seterusnya Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kingdom of Thailand ke Negara Brunei Darussalam, PYT Wanthanee Viputwongsakul.


PYT sebelum ini bertugas sebagai Minister di Kedutaan Diraja Thai di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam.


Juga hadir di majlis-majlis mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin.


Majlis-majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Attachments