Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
23.07.18 Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Penasihat Khas di Royal Court, Kerajaan Arab Saudi dan Utusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Negara Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Ra'afat Abdullah Al-Sabbagh.

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima satu Warkah Persilaan untuk membuat lawatan ke Kerajaan Arab Saudi.

Mengiringi Tuan Yang Terutama di Majlis Mengadap tersebut ialah Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, Tuan Hussain Mohammed Al-Dajani.

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Hajah Dayang Siti Norishan binti Haji Abdul Ghafor.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments