Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06.06.18 Berangkat menghadiri Istiadat Ziarah Penghormatan Terakhir

136anews.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berkenan  berangkat menghadiri Istiadat Ziarah Penghormatan Terakhir bagi  Al-Marhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar  Hajah Khalsum bin Abdullah  di Istana Besar Johor Bahru.

Keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dialu-alukan oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Doa  Selamat dibacakan oleh Imam Daerah Muar, Haji Mohd. Nazri bin Haji Ali. Turut berangkat mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berangkat menghadiri Istiadat Ziarah Penghormatan Terakhir bagi Al-Marhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsum binti Abdullah.

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM  di Istana Besar Johor dialu-alukan oleh Ahli Jemaah Diraja Johor Darul Takzim. Kebawah DYMM kemudiannya dijunjung berangkat ke Dewan Singgahsana di mana baginda dialu-alukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar,  Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim dan kerabat diraja yang lain.

Kebawah DYMM bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim seterusnya  dijunjung untuk memberikan  penghormatan terakhir kepada Al-Marhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsum  binti Abdullah, sebelum berangkat menunaikan Solat  Jenazah bersama dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni  Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim berserta kerabat diraja lain dengan diimamkan oleh Penasihat Ugama Negeri Johor Darul Takzim, Yang Berbahagia Dato' Haji Noh bin Gadut.

Kebawah DYMM kemudiannya dijunjung berangkat bersama dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim berserta kerabat diraja lain bagi menyertai perarakan mengiringi jenazah ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah dan Istiadat Permakaman. Jenazah Al-Marhumah selamat dimakamkan di Makam Diraja bukit Mahmoodiah sebelum Solat Fardu Zohor.

Al-Marhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsum binti Abdullah telah mangkat pada Jumaat, 1 Jun 2018 di Hospital King Edward VII, London pada usia 83 tahun.

Sebelum berangkat meninggalkan Makam Diraja Bukit Mahmmoodiah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia  diucapkan selamat jalan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim. Sementara itu, berangkat hadir bagi menyembahkan Selamat Berangkat kehadapan Majlis Kebawah DYMM di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor ialah Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahmah Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.

Sumber berita Pelita Brunei

Sumber foto InfoFoto


Attachments