Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
28.05.18 Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Perdana Menteri

Majlis Tadarus Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadan 1439 Hijrah / 2018 Masihi berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.


Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.


Juga hadir, Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Menteri di JPM dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai.


Selepas itu, diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Doa Bacaan Al-Quran dan disudahi dengan acara berbuka puasa serta Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.


Majlis tersebut dikelolakan bersama oleh JPM, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Peguam Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penerangan.


Majlis keagamaan pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.



Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Attachments