Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
10.03.18 Aktiviti berterusan pantau, lindungi, kukuhkan e-Kerajaan

Bermula tahun 2014 e-Government telah menjalankan program sekuriti bagi sistem e-Kerajaan (e-Government) untuk mengatasi isu-isu keselamatan siber.Progam ini merangkumi beberapa aspek termasuk Sistem Proses Urus Tadbir dan Sumber Manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dalam menjawab persoalan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii mengenai Pusat Kebangsaan e-Kerajaan, sama ada terdapat protokol bagi memastikan sistem-sistem tidak terjejas terutama dari segi 'hacking' atau 'access' tanpa sengaja melalui 'portable device'.

Selain inisiatif di atas, tambah Yang Berhormat, beberapa aktiviti keselamatan lain juga diperkenalkan. Salah satu ialah piawaian keselamatan bagi web aplikasi WAC diperkenalkan sebagai garis panduan pelaksanaan dan pengauditan sistem, di mana semua web aplikasi kerajaan hendaklah diuji keselamatannya menggunakan piawaian tersebut sebelum ia dilancarkan.

Pada tahun yang sama, pihak e-Government menyediakan satu Standard Platform bagi laman 'web' kerajaan, di mana platform ini membolehkan pengurusan yang lebih teratur dan mudah dipantau terutama sekali dalam aspek keselamatan IT, jelas Yang Berhormat.

Sementara itu, pada tahun 2016 pihak e-Government melaksanakan Project Manage Security Services dengan kerjasama ITPSS bertujuan untuk memantau, melindungi dan menubuhkan infrastruktur e-Government dan aset-aset kerajaan.

Aktiviti-aktiviti seperti memantau Network Enviroment Agency dan perlindungan laman sesawang kerajaan bertujuan untuk memelihara dari risiko-risiko yang secara berterusan yang tidak dijangka-jangka.

Manakala aktiviti untuk mengukuhkan aset-aset kerajaan Vulnerability Management seperti 'server' atau peralatan 'network' dilakukan secara suku tahunan, nyata Yang Berhormat pada Mesyuarat Pertama dari Permesyuaratan Ke-14 MMN pada hari kelima sesi pagi yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, di sini.

Sebagai langkah jangka masa panjang, menurut Yang Berhormat, pihak e-Government sedang melaksanakan aktiviti untuk memperkukuhkan keselamatan ICT melalui projek Cyber, Security Framework.

Ini jelas Yang Berhormat bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi mengenai penggunaan Cloud Base Platform untuk meluaskan e-service dan adakah mempunyai langkah berjaga-jaga dalam pemantauan keselamatan.

Bagi mengukuhkan sekuriti pada sistem-sistem e-Kerajaan untuk mengatasi isu-isu keselamatan Siber, dalam hal ini, pihak e-Government bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Siber DKKS di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negara. Rangka kerja ini juga akan menentukan skop fungsi dan tugas serta peranan agensi-agensi masing-masing dari kerajaan dan swasta yang berkepentingan bagi peningkatan kerjasama serta memastikan Whole of Nation Approach dalam menangani sebarang isu berkaitan keselamatan Siber.

Antara lain rangka kerja ini juga akan mengenal pasti undang-undang dan peraturan yang diperlukan termasuklah langkah-langakah bagi melindungi orang ramai dari ancaman keselamatan siber.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments