Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
08.03.18 Berkenan menerima mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Asing

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia  mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2014.

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 26 Januari 2015.

Baginda kemudiannya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga pada 26 Januari 2015.

 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Attachments