Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
04.03.18 Berangkat ke Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Ke-3


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Kali Ke-3 bagi sesi petang yang berlangsung di Kolam Renang, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Berangkat menyertai kejohanan ialah anakanda DYTM, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang mewakili ISB Hammerheads.

Juga berangkat menyaksikan kejohanan ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim berkenan menyertai dalam dua acara renang, iaitu acara 50 Meter Kuak Lentang dan 50 Meter Gaya Bebas dan berjaya mengatasi rekod-rekod peribadi sebelumnya.

Manakala YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah juga berkenan menyertai dua acara, iaitu acara 50 Meter Kuak Lentang dan 50 Meter Gaya Bebas.

Dalam acara 50 Meter Kuak Lentang, YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mencatat masa 47.19 saat, manakala dalam 50 Meter Gaya Bebas, YTM meraih masa 36.57 saat.

Sementara itu, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah pula mencatat masa 55.41 saat dalam acara 50 Meter Kuak Lentang dan 51.55 saat bagi 50 Meter Gaya Bebas.

Kejohanan disertai oleh perenang-perenang berumur 7 hingga 9 tahun dari beberapa buah kelab renang tempatan dan luar, antaranya ISB Hammerheads; Royal Brunei Recreation Club; Jerudong Swimming Club; Panaga Stingrays; Dolphin Swimming Club; Valle Verde Aqualasers Swim CI; Brunei Speed Swimming Club dan Kelab Rekreasi Petrolium.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
Attachments